Selamat Datang ke MS Mama HOMEstay

Lot 4020, Jalan Gong Bayor, Kg Batu Tumbuh, 22200 Besut, Terengganu
Suhaimi Yusof / 017 4808 834 / 09 690 3242

Isnin, Jun 10, 2013

Lata Belatan - Lebih Ceria

Sudah lama aku tak pergi ke Lata Belatan. Semalam aku teringat nak pergi. Apabila sampai di sana aku dapati Lata Belatan telah banyak berubah Lata Belatan kini lebih ceria. Kemudahan asas dan kebersihan amat memuaskan. Walaupun kini dikenakan bayaran RM2.00 satu kepala (sejak Januari 2013), aku rasa amat berbaloi untuk rilek dan santai disana.Tempatnya amat nyaman untuk santai dan rilek. Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti yang lebih mencabar, seperti mendaki gunung, di sini juga boleh dijadikan tempat berehat sebelum mandaki.  Di sini merupakan permulaan laluan untuk mendaki Gunung Tebu. Gunung tebu merupakan satu lagi tumpuan pelancongan yang menarik di Besut.Kepada sesiapa yang datang ke Besut, jangan lupa ini adalah salah satu tempat yang menarik untuk santai dan rilek.


kawasan parking yang selesa
   
 

papan lunsur disediakan untuk anak-anak bermain


papan tanda peringatan

tapak perkhemahan
wakaf untuk berehat



peta laluan untuk mandaki Gunung Tebu.  Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti mancabar inilah tempatnya.

kalau panas boleh mandi manda di sini
tanga-tanga disediakan untuk turun ke sungai

meja dan bangku bayak disediakan









papan tanda peringatan











nama-nama pokok dilabel












batu merentangi sungai dan air lalu di bawahnya





tong sampah disediakan


 



airnya amat jernih

   



seolah-olah tak ada air.






 



tapak perkhemahan



tandas awam


chalet



jambata gantung




pondok pengawal dan penerangan




telefon awam